Translate

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KHALIFAH GLOBAL & MNA WAJA ENTERPRISE

INFO



SEJAK kebelakangan ini, isu-isu menyangkut tentang rumah dan perumahan kembali menghiasi laporan akhbar-akhbar utama di negara ini. Isu-isu yang dilaporkan adalah berkaitan dengan peningkatan harga rumah yang melampau dan kualiti rumah yang begitu rendah,
Isu kenaikan harga rumah yang melambung sering kali mendapat perhatian terutamanya kepada bakal pembeli rumah golongan muda yang baru menceburi dunia pekerjaan.
Beralaskan jumlah pendapatan yang tidak seberapa, kemungkinan untuk memiliki sebuah rumah bagi golongan ini adalah agak sukar. Walaupun kini kerajaan menyatakan bahawa deposit 10 peratus daripada harga rumah yang ingin dibeli tidak lagi perlu dibayar kepada pemaju perumahan, namun, harga rumah yang rata-ratanya tinggi jika dibandingkan dengan jumlah pendapatan penduduk dan diiringi pula dengan kenaikan harga barangan akan membantutkan usaha golongan muda untuk mendapatkan sebuah rumah.





Rumah mewah yang berharga satu juta dan ke atas ditentukan harga pasaran oleh sebilangan individu yang mempunyai modal yang besar dan membuka pasaran kepada orang asing atau luar negara. Oleh kerana kadar tukaran mata wang negara tertakluk kepada kadar tukaran antarabangsa, ini menyebabkan harga rumah mewah yang ditawarkan itu seolah-olah seperti harga sebuah rumah kos sederhana bagi sesetengah pelabur dan pemodal luar.
Justeru, bukanlah menjadi masalah besar bagi warga asing dari negara jiran, malahan terdapat pemilik rumah dari India yang bekerja di Amerika Syarikat membeli rumah di negara ini. Kecanggihan sistem pengangkutan udara dan darat yang terhampar indah merupakan antara faktor utama mereka untuk memiliki rumah di Malaysia.
Namun begitu, spekulasi harga rumah yang berlaku menyebabkan penduduk tempatan terpaksa bersaing dengan warga asing untuk mendapatkan rumah yang diimpikan. Sementara warganegara yang berpendapatan sederhana dan rendah hanya akan termangu dan terpaksa bergelut dengan pasaran terbuka ini semata-mata untuk mendapatkan sebuah rumah yang selesa.
Setelah rumah tersebut diperoleh pula, pelbagai lagi senarai tanggungjawab yang belum selesai terpaksa ditempuh sehinggalah bayaran hutang rumah dilunaskan, malahan mungkin membawa kepada generasi seterusnya dalam kitaran keluarga tersebut.
Isu-isu ketidakpuasan hati yang dibangkitkan oleh penduduk ini telah dan sedang mendapat perhatian daripada pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan isu-isu berkaitan. Walau bagaimanapun, seringkali pula isu yang dibangkitkan itu tidak mendapat penyelesaian yang tuntas kerana pendekatan yang diambil dalam menyelesaikan isu-isu tersebut dibuat secara terpisah kerana bidang kuasa dan tanggungjawab yang berbeza di antara jabatan yang bertindak.(petikan akhbar)
Sebagaimana kita semua maklum isu harga rumah mahal ini bukan saja berlaku di Bandar-bandar besar sahaja, malah ia juga merebak ke bandar kecil dan sederhana di seluruh Negara. Mengikut kajian di sebuah Bandar kecil, harga sebuah rumah setingkat(bungalow) yang sederhana dari segi saiz dan rekabentuk adalah antara RM275k ~ RM300k. Keluasannya antara 1400 hingga 1600 kaki persegi dan mempunyai 3 bilik tidur ,ruang tamu, ruang makan, bilik stor, dapur dan 2 bilik air. Manakala harga rumah semi-D adalah antara RM175k ~ RM200k mengikut keluasan.




Harga rumah dan lain-lain hartanah sememangnya akan meningkat setiap tahun tetapi ianya begitu ketara 2,3 tahun kebelakangan ini. Persoalannya sekarang ini apakah ada jalan penyelesaian bagi mereka-mereka berpendapatan sederhana dan ingin memiliki rumah yang selesa dari segi keluasan dan kualilti rumah kerana harga rumah semakin lama semakin mahal. Harga sesebuah rumah adalah mengikut pasaran semasa.
Jika anda belum lagi memiliki rumah dan belum bercadang untuk memilikinya, maka saya nasihatkan supaya anda patut memikirkannya walaupun masih muda dan belum berumahtangga kerana apabila sampai masanya setiap orang akan memikirkan untuk memiliki rumah sendiri. Kita tidak boleh mengharapkan pihak kerajaan supaya mengawal atau menurunkan harga rumah dan ianya tidak mungkin berlaku kerana harga rumah bergantung kepada pasaran semasa. Jika permintaan tinggi maka harga pasti akan naik di tambah pula dengan kenaikan harga bahan binaan dan juga kadar upah pekerja. Kita semua terpaksa bersaing dalam pasaran terbuka. Jadi bertindaklah cepat sebelum terlambat .
Dalam ebook ini saya akan menjelaskan satu kaedah yang kita semua boleh praktiskan dan ianya sangat sesuai bagi mereka yang tinggal di Bandar-bandar kecil dan pinggir Bandar yang inginkan rumah yang selesa dengan harganya yang munasabah.


KAEDAH PENYELESAIANNYA...

Saya sebagai KONTRAKTOR binaan dan mempunyai ramai kenalan dalam bidang binaan ini termasuk pemaju perumahan, pembekal dan pihak perunding (consultant) telah mengenalpasti bahawa harga sesebuah rumah itu ditentukan mengikut perkara-perkara seperti berikut:-


1. Nilai tanah
2. Harga bahan binaan
3. Upah pekerja
4. Keuntungan kontraktor
5. Keuntungan pemaju


Untuk mendapatkan maklumat lanjut...SILA hubungi kami atau email kepda kami

NAMA :
EMAIL:
NO.TEL:

Menyatakan " SAYA BERMINAT INGIN MENGETAHUI KAEDAH MEMILIKKI RUMAH"

dan dihantar kepada :-

Khalifah_global@yahoo.com klik disini
Ramzulent@yahoo.com  klik disini

Kami akan hantar kepada anda segala maklumat dan E-BOOK PERCUMA kepada anda.

Terima Kasih,

KHALIFAH GLOBAL




Tiada ulasan:

Catat Ulasan